Monday, January 16, 2012

Asam Pedas Merah Menyala

WAH! Kontroversi sungguh nama asam pedas ni.. Ita saje je letak tajuk macam tu sebab asam pedas ni memang warna merah ke oren2an.. Terima Kasih ita ucapkan buat Mak tercinta dan Ibu mertua tersayang yang tak jemu2 memberi pelbagai tips dan petua untuk masak bukan sahaja asam pedas, malah apa sahaja yang pernah mereka hidangkan untuk santapan keluarga. 

Ita guna ikan favourite hubby ita..Ikan cermin, sebab hubby ita yang pegi beli lauk.. Semenjak kawan hubby bagitau ada jual ikan segar kat tempat dia (Kota Tinggi), jarang hubby ita pegi tempat lain.. Tapi memang ikan2 yang dia jual memang sedap2..Alhamdulillah..memang puas hati.. Simpan 2 minggu pun masih rasa sedap lagi. Mak ita pun kata sedap (Mak ita ni memang 'hantu' ikan...sebenarnya ita pun sama..hehehe).. Sebelum mak nak balik kampung, kalau boleh mak nak singgah KT nak beli ikan, tapi apakan daya, tokeh kedai tu (Islam) hanya buka waktu petang sahaja..jadi tak dapat nak pergi beli sebab pagi2 tu dah nak bertolak balik.



Biasanya kalau masak asam pedas letak daun kesum/bunga kantan baru rasa dia ummmphh sikit, tapi ita takde daun kesum, jadi ni je la yang boleh ita buat.. Apa yang penting, hubby ita kata SEDAP!

Asam Pedas Ikan Cermin

.:: Dikisar ::.

2 biji Bawang Besar (medium)
6 ulas Bawang Putih
1 hiris Lengkuas (Lebih kurang 3mm)
40-50 biji Lada kering (Dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
1/2 sk Serbuk Kunyit (Kalau ada kunyit hidup lebih baik)

.:: Diketuk guna Lesung Batu ::.

1 jari Halia
2 batang Serai

4 sb Asam Jawa + Air secukupnya 
** Kalau nak kuah yang cair, lebihkan sedikit airnya)

Garam Secukupnya
1/8 sk Serbuk Perasa (Ajinomoto)
1sk Gula
Ikan Cermin (Kalau besar : guna 4-5 ketul termasuk kepala, kalau kecil guna 10 ekor)

- Panaskan minyak di dalam periuk. Gunakan api sederhana. Tumis bahan2 kisar sehingga pecah pecah minyak. Masukkan halia dan serai. Pastikan kacau sekali sekala supaya tak hangus.
- Bila dah pecah minyak, masukkan ikan. Biarkan lebih kurang 1 minit, baru masukkan air asam jawa. (Masukkan ikan dulu untuk kekalkan rasa manis isi ikan).
- Kacau sekali sekala. Part ni kena jadi perempuan melayu terakhir sebab takut isi ikan hancur. 
- Tunggu sehingga kuah surut sikit baru masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan sebentar, baru rasa. 
- Kalau dah cukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidang..

No comments: