Wednesday, February 22, 2012

Kek Tiramisu.... SEDAPNYA!!!



Salam semua...

WAH! Lama betul rasanya tak update blog.. Sekarang ni asyik dengan nak buat kek aje.. tu yang letak komputer ke tepi.. (sebenarnya kena tunggu hujung minggu baru dapat pegang..huhu). 

Minggu ni adik2 datang rumah, tu yang terbakar nak buat tiramisu..nak buat sikit macam tak puas, tu yang buat besar2, jadi nak makan tak la segan.. Minta maaf sebab kualiti gambar tu tak memuaskan... Kamera tertinggal kat rumah mertua, tu yang snap guna handphone je.. ambil gambar pulak malam.. Alahai..sedih tengok gambar tak lawa... Tapi terubat sikit bila dapat makan tiramisu hasil tangan sendiri dan sedap pulak tu.... ALHAMDULILLAH...SUCCESS!!!



Monday, February 6, 2012

Cendawan Tiram Berlada

Salam untuk semua..
Masuk hari ni rasanya dah 2 minggu tak sempat update blog.. Bukan tak sempat, cuma lebihkan sikit masa untuk anak2. Mak diorang ni kalau dah mengadap komputer....macam dah taknak tengok benda lain dah.. Sebelum ada blog ni tak le excited sangat nak pegang laptop..tapi bila dah ada..tu yang tak keruan,  cket2 nak update..huhu..

Ita memang suka makan cendawan, bila dah penat rebus, goreng, dah jemu goreng, rebus balik.. Jadi, bila buka peti ais tu tengok tinggal separuh bekas je cendawan..tengok pula sayur lain, nampak baby kailan, 3 pokok lagi. Kalau nak masak cendawan macam tak cukup je..jadi ita pun masukkan sekali kailan.. Super sedap! Jom kita semak resepi..


Cendawan & Kailan Berlada

.:: Ditumbuk kasar ::.
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 cawan Ikan Bilis
4 biji Lada Kering (dibuang biji dan direbus)

3 pokok Baby Kailan
10 keping Cendawan Tiram (kalau kecil, lebihkan)
1/4 sk Gula
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (tak sampai 1/8 sk pun)

- Tumis bahan2 yang ditumbuk kasar sehingga lembut dan berbau wangi. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata.

** Masukkan sedikit air ke dalam batu lesung. Ketepikan.

- Masukkan baby kailan dan cendawan. Kacau sebentar dan masukkan air. Kacau rata dan rasa. Bila baby kailan dah bertukar warna. Tutup api dan terus angkat. (Jangan masak terlalu lama).
- Angkat dan hidang.