Thursday, January 19, 2012

Kisah Si Telur, Si Tauhu & Si Kentang

Tengahari tadi adik ita suruh masak telur goreng je, tapi tiba2 macam nak rajin sikit..tu yang buat masak kicap ni. Nampak macam senang je kan, tapi ita saje menyusahkan diri dan hasilnya amat memuaskan..Bertambah2 ita makan..huhu


Nampak macam kelabu je gambar ni, kan..tu gambar wap masakan yang baru diangkat dari kuali..dan baunya sungguh memikat selera (kes dah lapar yang teramat sangat!).. Apa salahnya sesekali olah makanan..betul tak? Memangla dah sedap makan telur dengan kicap je, tapi akan lagi berselera bila tengok hasil yang mengancam macam ni.. tak percaya?..ya sudah..tapi cuba dulu, baru kasi tau,k...

Telur Masak Kicap Dengan Tauhu & Kentang

2 biji Kentang, (potong 2, dipotong kecil dan digoreng)
1 biji Tauhu, dipotong 9
4 biji Telur, dibasuh dahulu, baru digoreng
1 biji Bawang Besar, dimayang melintang
2 biji Bawang Putih, diketuk
1 biji Lada Merah Besar, dimayang serong
1 biji Bunga Lawang
Sedikit Kulit Kayu Manis
1/2 cawan Kicap
1/4 cawan Sos Tomato
1 cawan Air 

- Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau. Kemudian, tumis bawang putih, merah dan lada merah hingga lembut.
- Selepas itu, masukkan kicap, sos tomato, air dan tauhu. Kacau rata.
- Bila dah menggelegak, masukkan telur, kentang dan tauhu.. Kacau rata dan rasa. Jika rasa kurang masin, tambah sedikit garam. 
- Angkat dan hidang.


Baby Kailan


Ni sayur untuk makan tengahari tadi..Ita masak simple je.. Hari ni macam malas nak masak beria.. Tapi, walau se'simple' mana pun makanan tengahari, ita kalau boleh nak sayur tu ada juga.. Terutamanya yang berwarna hijau.. Baru cukup warna. Berselera sikit nak makan.. Pada sape2 yang nak cuba baby kailan simple ni, kita tengok apa resepinya..

Baby Kailan Goreng

Sebungkus baby kailan
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 biji Lada Besar Merah
2 sb Sos Tiram
1/2 sk Garam
1/4 sk Gula
1/4 cawan Air

- Tumis bawang merah, bawang putih, dan lada merah dengan api yang sederhana kuat. Masukkan garam dan gula. 
- Bila bawang dah mula perang,ita kuatkan api sikit, masukkan sos tiram dan sayur terus. Kacau rata dan masukkan air. Kacau rata. Bila sayur dah mula bertukar warna, terus tutup api. Angkat dan hidangkan.


Sayur Masak Lemak

Hah..baru ada masa nak masukkan n3 hari ni.. Melayan anakanda 2 orang ni rasa macam layan 10 orang..(kalau 10 macammana la gamaknya...). Sayur ni ita masak bukan hanya untuk anak, tapi untuk maknya juga.. Mula-mula ingat nak goreng je..tapi bila masak ikan masak sambal 'ter'pedas..tu yang buat sayur tu masak lemak.. Jadi kepedasan ikan tu taklah terasa sangat.. Jom kita tengok apa ada dalam masak lemak ni,k..


Sayur Campur Masak Lemak

1 biji Tauhu, dipotong 9
1 mangkuk Brokoli
1 mangkuk Kobis Bunga
1 biji Bawang Besar, dibelah dua dan dihiris memanjang
1/2 kiub Ikan Bilis
Santan daripada 1/2 biji kelapa
Garam secukupnya
1/4 sk gula

- Masukkan santan. bawang besar dan kiub ikan bilis dalam periuk. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak guna api sederhana. Bila dah mula menggelegak, masukkan kobis bunga dan tauhu.
-Tunggu hingga seminit dan masukkan brokoli. Tak perlu masak lama2 sangat. Lepas masukkan brokoli, ita biarkan kuah menggelegak lebih kurang 15 saat, terus ita tutup api. Kuah lemak yang panas tu akan menyambung proses memasak sayur tu lagi.
- Rasa, jika dah cukup rasa, angkat dan hidangkan.