Friday, December 30, 2011

Kek Coklat Moist

Ita rasa dah ramai yang tau nak buat kek coklat ni..Ita memang sangat suka makan kek..nak2 lagi kek coklat la! Nak beli selalu tak sanggup rasanya..baik buat sendiri, kita pun tau apa yang kita masukkan kat dalam kek ni..kalau beli yang dah siap takut banyak sangat bahan pengawet yang diorang letak..

Tak susah pun nak buat kek ni, tak perlu guna butter..tapi ita tak sempat nak buat ganache sebab nak bawa balik kampung (sebenarnya nak makan dalam kereta..hehehe). Percaya tak kalau ita cakap kalau kita naik je kereta, mesti nak mengunyah je kerjanya.. Nak buat apa lagi kalau dalam kereta kalau tak makan, tidur lepas tu tengok pemandangan kat luar kereta (tu pun kalau anak2 dah tidur).. Jadi bila ada benda nak dimakan, diorang duduk senyap sikit..Jom kita tengok apa bahan-bahannya..

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist

A) 
1/2 cawan Serbuk koko (kalau nak sedap guna Van Houten / Tudor Gold)
1/2 cawan Gula Halus (kurangkan jika nak letak ganache)
100ml Minyak masak
100ml Susu pekat
1/2 + 1/8 cawan Susu Segar/Susu Perisa Coklat

B) 
3 biji Telur (ita guna gred B) - Dipukul (guna wire whisk)

C)
1/2 sk Bicarbonate of Soda
1/2 sk Baking Powder
3/4 cawan Tepung Gandum

- Lengser acuan menggunakan marjerin/mentega, alas dengan kertas minyak dan lengser lagi dengan marjerin/mentega. (supaya kek tak lekat pada acuan).
- Panaskan oven 160 (Celcius)
- Masak (A) di dalam periuk. Gunakan api kecil. Masak sambil kacau hingga berkilat dan gula sebati. Tak perlu masak hingga menggelegak. Tutup api, ketepikan.
- Ayak bahan (C), ketepikan.
- Pukul telur dengan wire whisk sehingga berbuih (lebih kurang seminit). Masukkan bahan A. Adun hingga sebati. Kemudian, masukkan bahan C, kacau hingga sebati (cukup sampai tak nampak tepung).
-Tapis batter ke dalam acuan (untuk menghaluskan texture kek). Masak selama 40-50 minit (bergantung kepada oven).

**Cucuk kek dengan pisau / lidi sate kat tengah2 kek. Jika keluar licin dan tiada kek melekat, maknanya dah masak. Bila dah masak, tutup suis, biarkan dalam oven sekejap. Bila dah suam, keluarkan dan boleh dimakan.


Mee Goreng Cintan

Salam...
Minggu ni je ita masak mee 2 kali.. tapi ni buat sarapan hujung minggu je..(biasanya suami beli sebab malas nak masak..konon masa cuti untuk kita la pula..). Lepas solat subuh terus masak sebab dah lama juga tak pekena mee kerinting ni.. sesekali layan sedap juga..Mari kita semak resepi mee kering ni..

MEE GORENG CINTAN

Mee Goreng Cintan
Bahan-bahan :

A- Dikisar
1  biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
3 biji Cili Padi
3/4 cawan Ikan Bilis

B- Digoreng
Sekeping Tauhu (Digoreng dan dipotong 9)

4 keping Mee Kering Cintan
Sawi secukupnya
Taugeh secukupnya

- Goreng bahan kisar (tak perlu terlalu halus) dengan menggunakan api sederhana sehingga masak. Jangan basuh dulu blender. Tuang air sehingga separuh blender. Pastikan semua lebihan blender tadi dimasukkan sekali ke dalam air.
- Masukkan mee kering, tuang air yang telah diletakkan ke dalam blender tadi dan masukkan garam secukupnya. Gaul sebentar dan tutup dengan penutup kuali lebih kurang 2 minit. Kacau semula. Sekiranya mee dah lembut, masukkan sawi, taugeh dan tauhu, kemudian kacau rata dan tak perlu tutup semula. 
-Kacau sentiasa sehingga mendapat kelembutan mee yang dikehendaki. 

** Anda boleh menggunakan udang/ayam/daging jika suka.

Kek Coklat Kukus

Baru2 ni hubby ita belikan pengukus stainless steel..CANTIKKKKK sangat.. Ita ada cakap nak beli pengukus sebelum ni, tapi tak larat nak survey banyak tempat (nak cari tempat yang ada offer..hehehe).. tiba2 satu hari tup2 je hubby ita bawa balik.. Ita rasa ita punya senyum sampai ke telinga masa tu.. Asalnya nak buat kuih lapis untuk anak ita yang sulung ni..suka benar dia dengan kuih lapis, tu yang pujuk hubby nak beli pengukus..akhirnya dapat juga..Alhamdulillah..

Sebelum ni ita ada juga try kek coklat kukus. Ita amik resepi kat dalam myresepi. Dah try buat 3 resepi tapi tak berapa sedap..Last2 ita try and error dan dapat hasilnya yang sangat2 sedap.. Cubalah..kalau dah try buat sila bagi komen..ita nak tau juga apa pendapat orang lain..Jom cuba resepi ita.

KEK COKLAT KUKUS

Kek Coklat Kukus

A- Diayak
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 sk Baking Powder
2 sk Bicarbonate of Soda

B-
3 biji Telur Gred A
2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna blender kering)

1 cawan Susu Cair
1 cawan Minyak
1 tsp Coklat Emulco
1 cawan Air Panas (menggelegak)

- Sediakan pengukus. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan adunan kek kukus ke dalam pengukus.
- Gris loyang anda dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.
- Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak, sediakan adunan. Tapis semua bahan2 A. Ketepikan.
- Di dalam nmangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).
- Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).
- Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati. 
- Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.
- Kukus selama 1 jam menggunakan api sederhana, kuatkan sikit lagi (maksudnya kalau api tungku anda kuat, guna sederhana je.. kalau tungku api kecil, guna api maksimum).

** PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN LOYANG YANG AGAK TINGGI. NAK GUNA LOYANG MACAM YANG ITA GUNA PUN BOLEH, YANG PENTING TINGGI.

Linguini Goreng Ala Malaysia

Assalamualaikum semua....
Dah lama tak update blog..baru-baru ni ita kehilangan seseorang yang amat dikasihi.. Al Fatihah buat atuk kesayangan ita, yang pernah menjaga ita sewaktu kecil dahulu.. Bukan mudah untuk melepaskan beliau pergi, tapi apalah yang mampu kita lakukan sebagai hamba selain berdoa agar beliau ditempatkan dikalangan hamba2 Nya yang soleh..

Oklah, sebenarnya ita nak share resepi kat bawah ni. Ita selalu buat dan dah menjadi favourite ita dan suami semenjak start tukar kepada linguini.. sebelum ni ita selalu beli spaghetti dan macaroni.. Dulu beli macaroni sebab bentuk dia cantik dan menarik perhatian anak2.. Masa tu anak2 susah nak makan nasi lagi..jadi kalau ada benda 'unik' sikit, diorang excited sikit nak makan.. Tak percaya??? Cuba dulu baru tau..hehehe.. Kepada sesiapa yang nak mencuba / bertukar selera cubalah resepi ni..Manalah tau boleh jadi favourite korang pula lepas ni..


LINGUINI GORENG ALA MALAYSIA


Linguini Goreng Ala Malaysia

Bahan-bahan :

















A- Dikisar
1 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
1 hiris Lengkuas
1/4 cawan Ikan Bilis
10 biji lada kering (dibuang biji dan direbus dulu)

B-Direbus
Setengah bungkus Linguini

C- Perasa
6 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar Kicap Manis

Taugeh
Sawi
Garam secukupnya

- Rebus Linguini mengikut arahan yang tertera di belakang bungkusan.. Ita dan suami suka lembut sikit, jadi ita biarkan linguini tu berendam lepas dah siap rebus..Tunggu sehingga air menggelegak baru masukkan linguini, jadi senang nak set timer..Guna banyak sikit air untuk merebus linguini supaya ia masak dengan sekata..Kacau setiap 3 minit.
- Sambil merebus linguini, siapkan bahan2 untuk dikisar. Sekiranya anda dah siapkan bahan2 tu dulu, tumis guna api sederhana sehingga masak.
- Kemudian masukkan bahan C dan garam secukup rasa. Masukkan tauhu dan sawi.
- Masukkan Linguini yang dah direbus tadi dan taugeh. Kacau rata. dan rasa..(Kadang2 jadi tawar sikit jadi tambah garam sekiranya perlu). Ubah mengikut selera korang.. Ita pun kadang2 adjust ikut selera setiap kali memasak.

** Tambah udang/daging/ayam mengikut selera anda..Ita suka guna ikan bilis je..senang, tak banyak kerja..hehehe.
** Nak tambah telur macam mee goreng mamak pun boleh, lagi sedap..

Roti Jala

Idea nak buat roti jala ni muncul sebab kari ikan yang buat lunch tadi belum habis lagi..lagipun sedap juga sekali sekala pekena roti jala, walaupun ambil masa sikit nak menebar roti jala ni atas kuali, tapi berbaloi rasanya..lagi2 bila dicicah dengan kuah kari..mmmmmm..tak cukup 5 roll..mari kita jengok resepi roti jala versi ita kat bawah ni..selamat mencuba!! 

Roti Jala


Roti Jala

2 cawan Tepung Gandum
3 biji Telur
2 1/2 cawan Air
1/2 cawan Susu cair
1/2 sk Garam
1/2 sk Pewarna hijau  
2 helai Daun pandan (diikat)
Sedikit Minyak

- Blend semua bahan di atas, panaskan kuali leper, gunakan api kecil.
- Lengserkan sedikit minyak di dalam kuali, dan tebarkan batter menggunakan acuan nak buat roti jala..
- Masak selama 1-2 minit. Angkat dan gulung..

Curry day..

Assalamualaikum semua.. mesti tertanya2 kan kenapa ita tulis curry day.. Sebenarnya curry day kat rumah ita je.. cik abang ita beli ikan merah..dekat 4kg! Yela, yang nak makannya 2 orang, tu yang kena pelbagaikan resepi..apa lagi, ita dahla memang 'hantu' kari, jawabnya masak kari la hari ni.. Ita suka guna kari Baba's, mungkin sebab kena dengan selera tekak ita kot.. tapi kari Adabi pun sedap juga. Ikut suka hati tukang masak..Nanti ita tulis resepi kat bawah.. Biasanya ita masak kari guna santan, tapi untuk ikan ada pengecualian..ita lebih suka guna air je sebab ikan tu dah manis dan lemak..tapi terpulang kepada korang, kalau taknak letak air, guna santan/susu cair pun ok..

Kari Kepala Ikan

Kari Kepala Ikan

A) Dikisar
2 biji     Bawang Besar (medium)
5 ulas   Bawang Putih
5 sb      Kari Ikan (sb=sudu besar -membubung)
1/2 cm  Lengkuas
1 biji     Buah keras (optional, taknak letak pun takpe)

B) Diketuk (ita guna batu lesung je)
2 inci       Halia
4 batang  Serai

C) Bahan Tumis
4 biji        Buah Pelaga
2 biji        Bunga Lawang
1 batang Kayu Manis

Sekeping asam keping (medium)
Air (kalau nak cair, tambah air)
Garam kasar
1 cawan minyak masak
Kepala Ikan Merah

- Panaskan minyak, guna api sederhana. Masukkan bahan tumis (C). 
- Bila dah bau wangi, masukkan A (bahan yang dah dikisar).
- Masukkan pula B (bahan yang diketuk). Gaul sedikit. Kacau setiap 2 minit, sehingga keluar minyak.
- Masukkan kepala ikan merah. Kacau perlahan. Biarkan seminit, kemudian baru masukkan air (Ita letak air separas kepala ikan merah). Kacau perlahan. Masukkan asam keping.
- Biarkan menggelegak. Kecilkan api sikit, tunggu sehingga kuah surut sikit, baru letak garam. Biarkan sekejap, baru rasa.

** Kalau ada belimbing buluh, masukkan sedikit untuk jadikan kuah tu lebih sedap dan kurangkan muak masa makan..Selamat memasak!

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum..
Hari ni ita nak share yang ita ada ambil kelas buat tart di The Bake House..amik personal class..sebenarnya mudah je resepi dia, tak macam resepi2 lain yang kita tengok kat majalah2..dah lama dah masuk kelas ni..ingat nak continue kelas lain, tapi belum berkesempatan.. maaflah kalau gambar ni tak berapa memuaskan sebab guna handphone je. Deco pun tak berapa memuaskan (nervous punya pasallah ni..) tapi bila buat lagi kat rumah ita buat cantik je..alhamdulillah..