Wednesday, May 30, 2012

Cupcake.. Edisi Merah Hijau

Dah lama tak update blog.. Semenjak dua menjak ni banyak pula dapat order.. Alhamdulillah.. Tak jemu2 Allah mengurniakan rezeki kepada hamba2nya.. Mudah2an ita termasuk ke dalam golongan yang tahu mensyukuri nikmat yang diberikan..Amin..

Ceritanya cupcake ni dibuat untuk memantapkan rasa buttercream dan skill men'decorate' yang ada.. Maklumlah, nak pergi kelas tak sempat.. Jadi, guna masa yang terluang untuk mengolah idea..boleh juga mengenyangkan perut anak2..

Ita buat cupcake ni dalam dua jenis cup.. 1 yang keras dan satu lagi cup biasa.. nak tengok macammana hasilnya.. tapi kalau buat jual, ita biasanya guna cup yang standard sikit.. Hasilnya lebih cantik.. Sila2 lah menjamu mata.. 



p/s : Cupcake ni cuma guna bunga rosette.. tak sempat nak buat bunga ros sebab anak2 dah dekat 10 kali tanya bila boleh siap..huhu

OPS Marshmallow... Hmmmm..

Salam kepada semua yang beragama Islam..
Semenjak anak2 dah besar ni, ita selalu bawa masuk kedai buku.. Nak bagi diorang suka dengan buku lah hajatnya.. Jadi, bila masuk kedai buku tu, ita mesti pergi kat bahagian buku memasak..dan terjumpa buku Chef Norzailina Nordin (Belajar Memasak 2).. Ita dah cuba banyak resepi dalam tu dan alhamdulillah, menjadi seperti yang dijanjikan..
Jadi, satu hari ita konon2 nak buat marshmallow.. Ita tak pernah rasa marshmallow, dan takut nak beli yang kat kedai. Selalunya kalau yang makan benda2 macam ni adik ita yang no 4 (kakcik).. Dengan azam yang kuat (disebabkan nak cuba rasa marshmallow ni macammana), ita pun mulakan la operasi Marshmallow kat dapur.. Berpeluh2 juga..takut tak jadi.

Bila dah siap, ita pun tunggu bagi dia keras sikit.. Dan disebabkan tak sabar nak rasa, belum sempat 3 jam, ita pun potongla cantik2 dan cuba rasa.. HMMM...sedih.. tak boleh nak masuk kat tekak.. Lain pula ceritanya dengan anak2 ita.. Laju pula diorang makan..tak berhenti.. Mungkin tekak mak diorang ni tekak kampung agaknya..HAHAHA!

Jangan risau Chef Norzailina..ita bukan nak kata resepi tu tak sedap..cuma tekak ita yang tak boleh nak terima.. Apa2 pun, buku ni memang banyak membantu.. Terima Kasih kerana Chef sudi berkongsi ilmu yang ada..