Thursday, January 19, 2012

Kisah Si Telur, Si Tauhu & Si Kentang

Tengahari tadi adik ita suruh masak telur goreng je, tapi tiba2 macam nak rajin sikit..tu yang buat masak kicap ni. Nampak macam senang je kan, tapi ita saje menyusahkan diri dan hasilnya amat memuaskan..Bertambah2 ita makan..huhu


Nampak macam kelabu je gambar ni, kan..tu gambar wap masakan yang baru diangkat dari kuali..dan baunya sungguh memikat selera (kes dah lapar yang teramat sangat!).. Apa salahnya sesekali olah makanan..betul tak? Memangla dah sedap makan telur dengan kicap je, tapi akan lagi berselera bila tengok hasil yang mengancam macam ni.. tak percaya?..ya sudah..tapi cuba dulu, baru kasi tau,k...

Telur Masak Kicap Dengan Tauhu & Kentang

2 biji Kentang, (potong 2, dipotong kecil dan digoreng)
1 biji Tauhu, dipotong 9
4 biji Telur, dibasuh dahulu, baru digoreng
1 biji Bawang Besar, dimayang melintang
2 biji Bawang Putih, diketuk
1 biji Lada Merah Besar, dimayang serong
1 biji Bunga Lawang
Sedikit Kulit Kayu Manis
1/2 cawan Kicap
1/4 cawan Sos Tomato
1 cawan Air 

- Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau. Kemudian, tumis bawang putih, merah dan lada merah hingga lembut.
- Selepas itu, masukkan kicap, sos tomato, air dan tauhu. Kacau rata.
- Bila dah menggelegak, masukkan telur, kentang dan tauhu.. Kacau rata dan rasa. Jika rasa kurang masin, tambah sedikit garam. 
- Angkat dan hidang.


Baby Kailan


Ni sayur untuk makan tengahari tadi..Ita masak simple je.. Hari ni macam malas nak masak beria.. Tapi, walau se'simple' mana pun makanan tengahari, ita kalau boleh nak sayur tu ada juga.. Terutamanya yang berwarna hijau.. Baru cukup warna. Berselera sikit nak makan.. Pada sape2 yang nak cuba baby kailan simple ni, kita tengok apa resepinya..

Baby Kailan Goreng

Sebungkus baby kailan
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 biji Lada Besar Merah
2 sb Sos Tiram
1/2 sk Garam
1/4 sk Gula
1/4 cawan Air

- Tumis bawang merah, bawang putih, dan lada merah dengan api yang sederhana kuat. Masukkan garam dan gula. 
- Bila bawang dah mula perang,ita kuatkan api sikit, masukkan sos tiram dan sayur terus. Kacau rata dan masukkan air. Kacau rata. Bila sayur dah mula bertukar warna, terus tutup api. Angkat dan hidangkan.


Sayur Masak Lemak

Hah..baru ada masa nak masukkan n3 hari ni.. Melayan anakanda 2 orang ni rasa macam layan 10 orang..(kalau 10 macammana la gamaknya...). Sayur ni ita masak bukan hanya untuk anak, tapi untuk maknya juga.. Mula-mula ingat nak goreng je..tapi bila masak ikan masak sambal 'ter'pedas..tu yang buat sayur tu masak lemak.. Jadi kepedasan ikan tu taklah terasa sangat.. Jom kita tengok apa ada dalam masak lemak ni,k..


Sayur Campur Masak Lemak

1 biji Tauhu, dipotong 9
1 mangkuk Brokoli
1 mangkuk Kobis Bunga
1 biji Bawang Besar, dibelah dua dan dihiris memanjang
1/2 kiub Ikan Bilis
Santan daripada 1/2 biji kelapa
Garam secukupnya
1/4 sk gula

- Masukkan santan. bawang besar dan kiub ikan bilis dalam periuk. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak guna api sederhana. Bila dah mula menggelegak, masukkan kobis bunga dan tauhu.
-Tunggu hingga seminit dan masukkan brokoli. Tak perlu masak lama2 sangat. Lepas masukkan brokoli, ita biarkan kuah menggelegak lebih kurang 15 saat, terus ita tutup api. Kuah lemak yang panas tu akan menyambung proses memasak sayur tu lagi.
- Rasa, jika dah cukup rasa, angkat dan hidangkan.

Tuesday, January 17, 2012

Campur je semua..

Hari ni ita masak sayur campur. Kakak sibuk nak brokoli, adik pula nak carrot, maknya?? Mmmm nampak gaya kena jadi 'MPJB' lagi.. 

Masing-masing dengan selera masing-masing, apa yang penting, selagi diorang rasa nak makan, biarkanlah.. Kalau diorang taknak makan, kita juga yang menyinga..betul tak mak-mak sekalian???? Betul cikgu.. Pandai.. Alhamdulillah..Oklah, jom kita intai sayur campur ni..


Sayur Campur

1 mangkuk Brokoli, dipotong kecil-kecil
1 mangkuk Kobis Bunga, dipotong kecil-kecil
1 biji Carrot, dibelah dua & dipotong serong
1 biji Tauhu, dipotong 9
1 biji Lada Besar Merah, dihiris serong & dibuang biji
1 biji Bawang Besar, dihiris
3 biji Bawang putih, dihiris
2 hiris Halia
2 sb Sos Tiram
1 1/2 sk Tepung Jagung + 1 cawan air
Sedikit Kiub Ikan Bilis

- Dengan menggunakan api sederhana, panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah sehingga lembut. 
- Kemudian, masukkan carrot. Kacau sekali sekala selama 1 minit. Selepas itu, masukkan kobis bunga. Masukkan separuh daripada air. Kacau rata.
- Masukkan brokoli dan tauhu. Habiskan baki air. Masak semua sayur sehingga 1/2 masak. Tak perlu lama2.
- Angkat dan hidang.
** Boleh juga jika nak letak ayam/seafood. Ubah mengikut selera. Selamat memasak!

Lima Bahagi Dua = Habis??

Apa benda yang Lima? Macam mana bila dibahagi dua jadi Habis?.. Sebenarnya nak cerita pasal Ayam Masak Kicap je.. Beria lah pulak letak nama pelik2 kan?? Lima bahagi dua pasal ita guna 5 ketul ayam semuanya dipotong 2. Bila potong 2, cepat sikit masak.

Oklah, sebenarnya ita masak ayam ni 2 minggu lepas lagi.. (terlupa nak masukkan). Masak macam biasa je..cuma masa tu serai dah habis..jadi ita guna Bay Leaf.. Alhamdulillah, nasib baik takde yang sakit perut/cirit-birit..



Ayam ni baru lepas masak, semua dah menunggu je.. Bukannya apa, sebab dah lapar sangat dah ;) 

Ayam Masak Kicap

5 ketul Ayam, dipotong dua
4 biji Kentang (sederhana), digoreng terlebih dahulu
2 biji Bawang Besar (dipotong dua dan dihiris melintang)
3 ulas Bawang Putih, diketuk
2 helai Daun Bay
1 jari Halia, diketuk
2 biji Lada Besar Merah, dipotong serong
1 batang Kulit Kayu Manis
2 biji Bunga Lawang
Sos tomato secukupnya
Kicap manis secukupnya
Air

- Goreng ayam hingga 3/4 masak.
- Panaskan minyak dan tumis Kulit Kayu Manis dan bunga lawang sehingga. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih, dan lada merah. Tumis hingga lembut. 
- Kemudian, masukkan air (ita letak banyak sebab semua suka makan kuah), kicap manis dan sos tomatodan daun bay. Kacau rata, dan masukkan ayam. Tutup kuali dan biarkan ayam masak sepenuhnya, baru masukkan kentang. Kacau rata.
- Jika tawar, tambahkan sedikit garam.


Monday, January 16, 2012

Mini Pancakes


Salam to all Muslim & Selamat Sejahtera to Non Muslim. Today I would like to share mini pancake recipe. I got this recipe from Nigella (AFC Channel) & I've made a few changes so its easy for me to prepare everything. Its very simple to make and the most important thing, my kids LOVE it.. Good Luck & I hope you guys enjoy it..

Nigella Mini Pancake
Makes about 15 pancakes

For the Pancake Mix:
600g flour
50 tablespoons baking powder
2 teaspoons bicarbonate of soda
1 teaspoon salt
50g Caster sugar 
**Mix all the ingredients together and store in a jar.

TO MAKE THE BATTER AND THE PANCAKES:
For
each cup of pancake mix, add and whisk together:

1 egg 
1 cup Milk
1 tablespoon melted butter

- When ready to make the pancakes, proceed as follows: Heat a flat griddle or pan with no oil.
- Spoon drops of 1 1/2-2 tablespoons of batter onto the hot griddle or into the pan and, when bubbles appear on the surface of the little pancakes, flip them over to make them golden brown on both sides. 
- A minute or so a side should do it.

3 Ekor Penguin Masuk Rumah Semalam..

Tak percaya, tapi itulah hakikatnya.. memang ada penguin masuk rumah ita, cuma penguin tu cuma permainan baru untuk anak2 ita.. Jangan marah aa... Sebelum ni pun ita ada beli, tapi dah 2 tahun lepas. Lagipun saja bagi anak2 terhibur tengok penguin tu menggelongsor dan diangkat semula.. Lepas tu kena perhatikan..sebab biasanya kakak yang akan 'memonopoli' segala permainan yang ada. Kena ajar dia berkongsi, yela kalau dia je yang nak main, apa je yang adik dapat..kesian adik, kan..tapi adik kena share dengan kakak juga, tau..sayang anak2 mak..


** Abaikan latar belakang yang tak berapa nak cantik sangat tu ya.. semua tu 'hasil seni' anak2 yang bertuah..

Sayur Mesti Hijau!


Semenjak princess ita ni pandai makan sayur (+ mak dia yang memang suka sayur juga), dia ada sedikit cerewet pasal warna sayur. Kalau ita masak mee yang ada taugeh, dia tanya "Mak, what is that?" Ita pun jawabla ni sayur.. Dia tak boleh terima sebab pada dia sayur tu mesti warna hijau.. Aduh! Pening juga nak meyakinkan dia.. Jadi, setiap kali hubby berbelanja, ita pesan beli sayur yang berwarna hijau banyak sikit..

Oklah, tak boleh nak merapu banyak2 kat sini sebab nak kena melayan prince yang masih setia menyepah2kan permainan dia ni.. Ita sertakan sekali resepi sayur hijau princess ita ni..
Sawi Goreng

2 pokok Sawi (Besar. Asingkkan batang & sayur. Batang dipotong serong)
2 biji Bawang Besar (Medium)
4 ulas Bawang Putih
3/4 cawan Ikan Bilis
1/8 tsp Gula
Garam secukupnya
Air secukupnya

- Tumbuk bawang besar, bawang putih & ikan bilis. Tak perlu sampai hancur.
- Tumis menggunakan api sederhana. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
- Masukkan batang sawi dan sedikit air. Biarkan sebentar, kemudian masukkan sayur sawi. Kacau rata selama 40 saat, kemudian angkat. jangan biarkan sayur dimasak terlalu lama, nanti vitamin hilang.

Asam Pedas Merah Menyala

WAH! Kontroversi sungguh nama asam pedas ni.. Ita saje je letak tajuk macam tu sebab asam pedas ni memang warna merah ke oren2an.. Terima Kasih ita ucapkan buat Mak tercinta dan Ibu mertua tersayang yang tak jemu2 memberi pelbagai tips dan petua untuk masak bukan sahaja asam pedas, malah apa sahaja yang pernah mereka hidangkan untuk santapan keluarga. 

Ita guna ikan favourite hubby ita..Ikan cermin, sebab hubby ita yang pegi beli lauk.. Semenjak kawan hubby bagitau ada jual ikan segar kat tempat dia (Kota Tinggi), jarang hubby ita pegi tempat lain.. Tapi memang ikan2 yang dia jual memang sedap2..Alhamdulillah..memang puas hati.. Simpan 2 minggu pun masih rasa sedap lagi. Mak ita pun kata sedap (Mak ita ni memang 'hantu' ikan...sebenarnya ita pun sama..hehehe).. Sebelum mak nak balik kampung, kalau boleh mak nak singgah KT nak beli ikan, tapi apakan daya, tokeh kedai tu (Islam) hanya buka waktu petang sahaja..jadi tak dapat nak pergi beli sebab pagi2 tu dah nak bertolak balik.



Biasanya kalau masak asam pedas letak daun kesum/bunga kantan baru rasa dia ummmphh sikit, tapi ita takde daun kesum, jadi ni je la yang boleh ita buat.. Apa yang penting, hubby ita kata SEDAP!

Asam Pedas Ikan Cermin

.:: Dikisar ::.

2 biji Bawang Besar (medium)
6 ulas Bawang Putih
1 hiris Lengkuas (Lebih kurang 3mm)
40-50 biji Lada kering (Dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
1/2 sk Serbuk Kunyit (Kalau ada kunyit hidup lebih baik)

.:: Diketuk guna Lesung Batu ::.

1 jari Halia
2 batang Serai

4 sb Asam Jawa + Air secukupnya 
** Kalau nak kuah yang cair, lebihkan sedikit airnya)

Garam Secukupnya
1/8 sk Serbuk Perasa (Ajinomoto)
1sk Gula
Ikan Cermin (Kalau besar : guna 4-5 ketul termasuk kepala, kalau kecil guna 10 ekor)

- Panaskan minyak di dalam periuk. Gunakan api sederhana. Tumis bahan2 kisar sehingga pecah pecah minyak. Masukkan halia dan serai. Pastikan kacau sekali sekala supaya tak hangus.
- Bila dah pecah minyak, masukkan ikan. Biarkan lebih kurang 1 minit, baru masukkan air asam jawa. (Masukkan ikan dulu untuk kekalkan rasa manis isi ikan).
- Kacau sekali sekala. Part ni kena jadi perempuan melayu terakhir sebab takut isi ikan hancur. 
- Tunggu sehingga kuah surut sikit baru masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan sebentar, baru rasa. 
- Kalau dah cukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidang..

Danke Hubby...

Dalam n3 kek coklat kukus hari tu ita ada cakap pasal Periuk Kukus Stainless Steel yang hubby ita belikan.. Jadi hari ni ita nak tunjukkan gambar periuk tu.. Jangan marah aa..


Macam mana? Cantik, kan..

Kek Pelangi Masam Manis

Asalnya resepi ni daripada Martha Stewart.. Tapi ita lebih berminat tengok kek ni kat dalam blog Kak Ita Masam Manis.. Ita memang suka tengok hasil tangan kak ita, kemas sangat. Ita punya kek taklah secantik kak ita, tapi kek ni habis dalam masa 2 hari je lepas ita buat.. (Maksudnya sedap lah tu!!). Ita memang suka rasa kek ni.. Ita ikut Kak ita yang lapis guna Blueberry, tapi dek kerana tak cukup, jadi lapisan tu nipis je..Blueberry tu buat kek rasa kurang muak dan amat sedap!


Betul tak ita kata kek ni cantik??? Ita takde pewarna biru, jadi gunalah warna yang ada je.. Terliur ke?.. Ita tau, sebab ita pun rasa macam nak makan lagi..(too bad, kek ni dah habis!)
 

Ita rasa dekat 3 kali buat 'homework' sebelum buat kek ni..yela, taknaklah tertinggal mana2 step penting.. Walaupun banyak mangkuk yang perlu dibasuh, tapi berbaloi rasanya..


Nilah asalnya kek yang ita dah decorate ikut apa yang ada dan dibantu oleh junior chef yang belum bertauliah (my daughter).. Sekali lagi kredit untuk kak ita sebab ada resepi Buttercream yang tak manis dan sesuai dengan citarasa ita.. Di bawah ini ita kongsikan bersama resepi kek yang BEST ni..

Rainbow Cake

Butter / Marjerin / Shortening (Untuk lengser acuan kek. ita guna marjerin je)

.:: Diayak ::.
3 cawan Tepung Gandum
4 sk Baking Powder
1/2 tsp Garam Halus

1 cawan/buku Mentega Tanpa Garam (Unsalted Butter, pada suhu bilik)
2 1/3 cawan Gula Halus (Ita kurangkan kepada 2 cawan)
5 biji PUTIH Telur Gred A (pada suhu bilik)
2 sk Esen Vanilla
1 1/2 cawan Susu Segar
1 sk Untuk setiap warna (Ita guna Merah, Kuning, Hijau, Ungu, dan Coklat)
** Setiap kali nak bakar, ita lengser loyang dengan Marjerin, alas kertas minyak dan sapu marjerin semula..taknak tanggung risiko kek melekat..

- Ayak Tepung, BP dan Garam dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, pukul Butter dan gula sehingga 'creamy' dengan kelajuan maksima.
- Bila dah 'creamy', perlahankan kelajuan dan masukkan putih telur. (Ita masukkan 3x) Pukul hingga rata. Kemudian masukkan Esen Vanilla. Pukul lagi sehingga bercampur dengan sempurna.
- Panaskan oven lebih kurang 10-15 minit (170 darjah Celcius). Gunakan api atas bawah.
- Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Dimulakan dan diakhiri dengan tepung..
- Bahagikan 'batter' kepada 6@7 bahagian dan masukkan pewarna secukupnya.
- Bakar satu-satu selama 10-15minit (ikut oven masing2) hingga habis. 
- Biarkan kek sejuk lebih kurang 10 minit di dalam loyang, kemudian baru dikeluarkan dari loyang. Sejukkan di atas redai.
- Lapiskan setiap lapisan dengan Blueberry Paste. Kemudian letak frosting. Ita guna resepi BC kak ita..tapi ita guna madu sebab takde Golden Syrup

80 gram Butter
200 gram Krimwell
5 sb Madu (Ita guna madu Royal Kemasul, beli dari kawan mak)
** Sebelum letak frosting, ita simpan kek dalam peti ais dulu. Lebih kurang 1/2 jam. Tak letak dalam peti ais dulu pun takpe sebenarnya..

Frostkan lapisan nipis, kemudian masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 30 minit. Bila dah keluarkan, frost lagi dan hias ikut suka. 

** Part ni ita terus letak frosting tebal2 sebab princess ita dah dekat 50 kali tanya "Mak, is the rainbow cake ready? I'm hungry.." Hehehe..

Kalau korang nak tengok kek yang kemas dan cantik, boleh tengok kat blog Kak Ita Masam Manis,k.. Selamat Mencuba..


Peria Kak Yah

Masa ita sekolah menengah (lebih kurang Tingkatan 2) rumah ita masih ada pembantu rumah (Kak Yah). Masa tu abah dan mak dua2 bekerja, jadi mak ambil pembantu rumah untuk meringankan kerja yang ada. Tapi jangan anggap kitorang ada pembantu rumah bermaksud semuanya suruh dia buat. Kitorang tak bagi Kak Yah kemas bilik dan basuh baju kitorang. Kak Yah cuma bantu mak mengemas, memasak dan jaga adik bongsu kitorang (yang masa tu baru 2@3bulan..). 

Mak ita sangat suka berkebun. Secara tak langsung Kak Yah ni pun turut sama berkebun dengan mak. Biasanya kalau mak ita berkebun, dia suka tanam pokok pisang, ulam-ulaman, kacang tanah, serai dan macam-macam lagilah.. Dan dikalangan sayur2 yang mak ita tanam termasuklah peria. Kitorang adik beradik memang suka makan sayur (Terima Kasih mak sebab tak pernah jemu mendidik kitorang makan sayur2an), tapi peria ada sedikit pengecualian (mungkin sebab rasa dia pahit sikit). 

Nak dijadikan cerita satu hari tu Kak Yah ni masak peria..kitorang pun cuba rasa, dan tak disangka2 memang sedap rupanya! Semenjak dari hari tu, kalau Kak Yah masak sayur peria, kitorang tak pernah tak makan. Ita cuma nak kongsi resepi yang selalu ita buat untuk masak peria.



Peria Goreng Telur

1 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
3/4 cawan Ikan Bilis
5 biji Cili Padi (Ubah mengikut selera)
1 biji Peria (sederhana besar, dibelah dua & dihiris serong)
1 biji Telur Ayam
Garam secukupnya

-Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi menggunakan lesung batu. (Tidak perlu ditumbuk terlalu halus)
- Dengan menggunakan api sederhana, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga masak. Masukkan garam dan rasa. Jika masih tawar, tambah lagi.
- Masukkan peria dan kacau rata. Tunggu lebih kurang 1 minit(sambil dikacau sekali sekala), kemudian, masukkan telur dan kacau rata.
- Bila telur dah sebati denganperia, tutup api dan hidang. Hias mengikut suka.

Thursday, January 12, 2012

Makanan Tengahari Anak2

Anak2ita tak makan pedas sangat, tapi tu la yang peliknya, kalau makan mee/bihun pedas sikit takpe..tapi kalau makan nasi kalau boleh taknak langsung ada sikit pedas pun... Pelik, kan?? Masa ita masak paprik tu ita ada tinggalkan sikit ayam rebus+kuah untuk masak lemak ni. Jadi secara tak langsung ita tak perlu letak ikan bilis sebagai bahan perasa.. 

Sebenarnya anak sulung ita ni ada liat sikit nak makan sayur.. Jadi nak dijadikan cerita ada nyamuk gigit tangan dia..lama2 bila asyik garu je, jadila kudis. Bila garu lagi kesan kudis tu kan jadi luka.. Kakak ni mengadula kat ita.. "Mak, i got a bad bad boo-boo" (istilah untuk luka..dapat dalam kartun Safety Patrol kat disney junior).. Ita pun ambil kesempatan la untuk jalankan trick nak suruh dia makan sayur.. "Itulah, kakak taknak makan sayur..tu pasallah ada luka" Jadi, mulai hari tu dan sampai sekarang, ALHAMDULILLAH tak pernah kata taknak bila ita suruh makan sayur.. Oklah, jom kita semak resepi..



Sayur Lemak Kobis Sayur

Sedikit ayam yang dah direbus
1/4 pokok Kobis Sayur
1 biji Bawang Besar (dihiris memanjang)
1 keping Tauhu (dipotong 9)
Sedikit Kobis Bunga
1/2 Biji Kelapa (Ambil santan je tau..)
Garam Kasar secukupnya

** Untuk pengetahuan semua, ita tak pernah letak bawang putih dalam apa jua masakan masak lemak.

- Perah kelapa, ambil santan dan masukkan dalam periuk. Masukkan bawang dan ayam rebus tadi.. (Jangan buang air rebusan ayam tadi.. Masukkan ke dalam blender masa nak kisar kelapa.). Masak guna api sederhana. Masukkan sedikit garam kasar lebih kurang 1/2 sk (sudu kecil) dulu..
- Bila dah menggelegak, kacau kuah dan timba guna senduk. Kalau tak nanti santan pecah. Masukkan kobis bunga dan tauhu.
- Bila kobis bunga dah 1/2 masak, baru masukkan kobis sayur@kobis panjang. Jangan masak lama2 sangat, nanti sayur terlebih masak..

Asyik Bihun je..

Family ita memang suka makan bihun. Tapi kali ni ita buat dinner, tu pasallah buat lain sikit.. Ita rasa semua orang tahu nak masak bihun goreng macam ni.. Ita cuma nak kongsi resepi ita dan ita harap korang suka..


Bihun Goreng Merah

.:: Dikisar ::.
1 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
15 biji cili kering (dibuang biji dan direbus dahulu)
Sehiris Lengkuas
1 cawan Ikan Bilis

1/2 bungkus Bihun (direndam terlebih dahulu)
2 pokok Sawi
1 mangkuk Taugeh
Air secukupnya

- Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang dah dikisar hingga masak. Kemudian, masukkan garam dan sedikit bahan perasa (secubit je). Rasa.
- Masukkan bihun dan tuangkan sedikit air lebih kurang 1/2 cawan dulu (Letak air dalam blender dan goyangkan supaya semua lebihan bahan kisar tenggelam). Masukkan batang sawi.
- Kemudian, periksa bihun, jika sudah lembut (mengikut spesifikasi korang), masukkan sayur sawi dan taugeh. Kacau rata dan rasa. Jika dah cukup rasa, tutup api dan hidang.

** Ita suka bihun tu lembut betul. Bukan apa..takdela liat sangat nak mengunyah..hehehe

Paprik Ayam 19

Semenjak dua menjak ni ita jarang masak ayam kat rumah sebab kalau keluar hujung minggu mesti makan ayam..mana taknye, fastfood semua ayam..nak beli yang ada menu daging rasa macam tak berbaloi je.. Ita minta hubby beli ayam minggu ni, kebetulan adik ita pun ada kat rumah, dia minta suruh masak paprik. Ita belajar masak paprik ni dari bonda tercinta..dan olah mengikut selera ita..jadi ni lah hasilnya..



Ada orang tak suka ayam, boleh tukar guna daging/seafood.. terpulang kepada selera masing2.. Kalau ada sesiapa yang nak mencuba, silalah..jom kita semak resepi..

Paprik Ayam 19

.:: Dikisar ::.
1 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
1 senduk lada (yang dah dibuang biji, direbus, dan dikisar)
Sehiris Lengkuas

1 keping Tauhu (dipotong 9)
Kobis bunga secukupnya
1 biji kecil Lobak Merah (dihiris panjang2 / dipotong serong)
3 helai Daun Limau Purut (dipotong 3 / dicerai2kan guna tangan)
4 ketul Ayam (dipotong kecil) + direbus dengan 1 jari Halia
Kicap Manis secukupnya

- Mula-mula rebus ayam dengan halia. Bila dah mendidih,tunggu sekejap dan tutup api. Lebihkan sikit air kalau nak kuah banyak dalam paprik.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak.
- Masukkan ayam + kuah. Masukkan kicap ikut suka nak banyak mana. Ita suka letak sampai kuah tu nampak gelap sikit. Rasa. Kalau dah cukup masin, tak perlu letak garam. Biasanya ita akan letak garam sikit lagi sebab bila makan dengan nasi nanti jadi tawar.
- Masukkan lobak merah. Kacau rata dan masak lebih kurang 2 minit. Baru masukkan kobis bunga dan tauhu. Masak lagi sehingga kobis bunga separuh 3/4 masak. Jangan sampai jadi terlalu lembut.
- Kacau rata dan rasa. Bila dah ok semua, angkat dan hidangkan. Hias ikut suka.
** Ita suka buat kuah banyak sebab kalau boleh nak buat nasi tu 'berenang' dalam kuah.
-

Monday, January 9, 2012

Kueh Teow Goreng

Ita masak kueh teow ni malam tadi.. Ita dan suami kalau boleh tak nak makan nasi waktu malam, jadi kena pelbagaikan sikit makanan untuk dinner.. Ni resepi ita sendiri, mudah disediakan, sedap dimakan..


Kueh Teow Goreng

.:: Dikisar ::.
1 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
7 biji Cili Kering (dibuang biji dan direbus dahulu)
1/2 cawan Ikan Bilis
Sehiris Lengkuas

2 sb Sos Tiram
3 sb Sos Tomato
3sb Kicap Manis
1/2 bungkus Kueh Teow (dibasuh dahulu)
Sekeping Tauhu (digoreng dan dipotong 9)
Sayur Sawi dan Taugeh secukupnya
Garam

-Tumis bahan2 kisar sehingga masak. Masukkan Kicap dan semua sos. Masukkan sedikit garam dan sedikit bahan perasa secukupnya. Kacau rata.
- Masukkan tauhu yang telah digoreng dan sayur sawi. Kacau rata.
- Masukkan Kueh Teow dan sayur Taugeh. Kacau rata. Rasa dan tambah apa2 yang kurang mengikut selera anda.

** Masukkan daging/ayam/seafood dan pecahkan telur jika mahu.

Kuih Lapis

Biasanya kalau ita dan family g jalan2, kitorang mesti makan kat sedap corner.. Nak dijadikan cerita anak sulung ita (ita panggil kakak) suka makan kuih Lapis Jasmine kat sedap corner tu.. Kalau dah namanya perempuan, kuih yang dia makan pun kalau boleh nak semua warna yang dia suka.. Jadi hari jumaat hari tu tengah2 memerah otak nak masak apa, timbul pula rasa macam nak buat kuih peberet kakak ni.. Jumpa kat dapur kak Naz, jadi ita pun cubalah.. Sori kak Naz, kita 'menderhaka' sikit.. Jadi ni la hasilnya..

 
Baru keluar dari pengukus


Hubby ita cakap macam kenyal sikit, tapi sedap.. Lepas ni ita rasa macam nak cuba resepi ibu mertua ita .. Kalau jadi LAGI sedap, ita share dengan korang semua,k..

Kuih Lapis

1 cawan Tepung Beras
2/3 cawan Tepung Ubi
1/2 + 1/3 cawan Gula 
2/3 cawan air
480 ml cawan Santan
1 sb Sirap Ros
4 titis Pewarna Merah

- Panaskan air dalam pengukus (Tunggu dah menggelegak baru masukkan batter).
- Sapukan sedikit minyak (ita guna tisu) dalam loyang kuih. Ketepikan.
- Larutkan gula dan 2/3 cawan air tadi menggunakan api kecil. Kacau. Bila dah larut, tutup api dan ketepikan.
- Campurkan tepung beras dan ubi dalam 1 mangkuk besar.
- Masukkan santan dan sambil kacau (supaya batter tak berketul2). Ita kacau guna spatula je..
- Masukkan air gula tadi. Kacau rata.
- Bahagikan batter kepada 2 adunan. Warnakan satu adunan dengan Sirap Ros dan Pewarna Merah.
- Kukus kuih selapis demi selapis hingga habis.